Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Rahsia Tarikh Lahir kaedah sains tingkah laku manusia terbaru! Itulah yang akan anda pelajari daripada program terbaru 2010 yang saya telah lancarkan beberapa minggu lepas.
Selain daripada anda akan dapat meningkatkan tahap motivasi diri, ia akan membantu anda membongkar kekuatan, kelemahan serta potensi diri anda.Terima kasih kepada semua anda yang telah memberikan sokongan juga tidak lupa kepada pengkritik saya yang ibaratnya sama dalam hidup ini seperti kata arwah mursyid saya, "Bila kita mahu buat sesuatu kebaikan dengan niat yang betul, Insya-Allah Allah swt akan bantu dan permudahkan tetapi tetap akan ada bisikan-bisikan syaitan yang bertopengkan manusia yang akan cuba untuk memesongkan niat kita tersebut!"
Suatu yang tidak perlu dipersoalkan lagi, kaedah kajian tarikh lahir ini tidak ada kena mengena dengan horoskop, bintang 12, ramalan nasib atau tilik nasib dan seumpamanya. Daripada lebih 22,000 orang yang telah menyertainya tahun lepas 2009, ramai juga yang attend adalah dari golongan professionals, Imam masjid negara Ustaz Azhar dan ramai lagi mereka yang berlatar belakangkan pendidikan agama. Kenapa kita perlu dengar pandangan orang yang tidak pernah sertai program ini dan hanya mendengar cakap-cakap orang? Sebab itulah ramai yang tidak berjaya lagi dalam hidup. Sebab itu ramai yang masih di takuk lama. Sebab itu ramai yang tidak dapat mengorak langkah ke depan kerana mereka lebih rela dengan cakap orang daripada mengetahuinya sendiri, mendengar sendiri atau saksikan sendiri samada ianya betul atau tidak.
Untuk Workshop Rahsia Tarikh Lahir-Seminar Kenali Potensi Diri Revolusi 2010 di Kuala Lumpur pada 30 Januari 2010. Saya telah mengundang beberapa tokoh agama serta mufti sebagai pemerhati untuk program saya. Saya juga telah mengundang beberapa pendakwah terkenal untuk menyertai program saya. Apa yang saya akan lakukan adalah saya telah mendapatkan khidmat nasihat professional, melantik beberapa panel nasihat shariah serta khidmat peguam untuk menyediakan bahan-bahan bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang membuat tuduhan palsu dengan niat menghasut atau memburukkan nama saya.
Point saya ialah kaedah ini adalah kaedah sains metafizik dan nilai sendiri tentang ketepatannya dengan hadir sendiri di dalam program saya nanti. Kata bijak pandai, kenali diri kita baru kita dapat mengenali Tuhan dan tampak kehebatan yang Maha Kuasa.
Siapa yang kenali potensi diri dia atau kenali matlamat hidupnya, macamana dia nak jelas dengan halatuju hidupnya? Tak ke possibly sesat nanti?
Kepada anda yang ingin mendapatkan maklumat serta software kiraan tarikh lahir. Anda boleh dapatkan percuma di www.skpd2010.com.