Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Ingin belajar bagaimana untuk mendapatkan hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan berkat?
Ingin belajar bagaimana orang-orang yang gagal, "duit bocor", selalu ditipu, bisnes fail, melabur duit habis, tension dan macam-macam lagi masalah tetapi mampu merubah hidup menjadi kaya dan berjaya dalam masa yang singkat?
Duit sentiasa tak cukup? Tak tahu bagaimana untuk memperbaiki kehidupan anda?
Anda perlu hadir ke Program Terakhir "Hidup Luar Biasa" Dr.Azizan Osman di Wisma MCA, KL ahad (4/7) ini dari pukul 9 pagi ke 1 tengahari atau yang terakhir di Batu Pahat (6/7), Melaka (7/7) atau Johor Bahru (11/7).
Nak tiket harga murah giler? Hubungi 019/013-2442244/019-2442400/03-55191260 atau layari www.HidupLuarBiasa.com.
Jumpa saya di dalam program terakhir ahad ini dan anda akan terperanjat dengan potensi kejayaan anda sendiri!
Yang benar
Dr.Azizan Osman Mentor Kekayaan & Kejayaan #1 Malaysia
p.s. Jika anda tidak pernah masuk kelas saya, anda perlu datang sendiri dan dengar sendiri! Ramai yang dah masuk kelas saya dan menyesal kerana tidak masuk dari dulu lagi!
Mampukah kita membina generasi yang luar biasa dan mampu menggoncang dunia jika minda dan jiwa kita sekecil kuman?
Salam Semua,
Itu adalah jawapan yang diberi oleh saya di dalam wawancara Majalah Sukses edisi Ke-11 yang saya menjadi wajah cover page apabila ditanya berapa pentingnya pembinaan modal insan dengan model reprogramming minda TFA (Thinking, Feeling dan Action) yang saya ajar di dalam program-program saya!
Pak Karno pernah berkata, berikan dia 10 pemuda yang berani untuk dilatih dan dia pasti boleh menggoncang dunia!
Jiwa anak bangsa Melayu kita lemah! Kita pengecut dan takut untuk bertindak merubah nasib diri kita dan generasi kita yang jauh tertinggal ke belakang terutamanya dari segi kuasa serta kekuatan ekonomi dan perniagaan!
Untuk merubah anak bangsa kita menjadi generasi yang hebat, kita perlu fokus kepada reprogram semula minda serta menyuntik semangat berjiwa besar!
Nilai hidup serta pendapatan seseorang bergantung kepada berapa "sen" harga otaknya! Apakah yang boleh dilakukan oleh mindanya?
Kenapa Jepun dan Korea bangkit menjadi kuasa ekonomi dunia? Seterusnya China?
Kerana mereka fokus kepada pembinaan modal insan terlebih dahulu, pembinaan semangat dan proses pemecahan tradisi cara fikir serta berusaha modelling kejayaan orang lain!
Apa yang uniknya berdasarkan pengalaman saya mendapat pendidikan di sekolah cina selama 12 tahun, saya dapati yang :-
1. Bangsa cina amat menekankan yang anak-anak mereka diberikan pendidikan dan latihan yang menyediakan mereka untuk berniaga dan buat duit melalui perniagaan. Mereka menekankan yang perniagaan adalah satu budaya. Mereka telah mengamalkan apa yang Rasulullah saw katakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada sumber rezeki! Kita? 1/10?
2. Mereka diberi banyak ujian dan latihan serta kerja rumah yang memang lebih daripada biasa. Tiap-tiap minggu ada ujian. Tiap-tiap hari banyak kerja rumah. Jika tidak siap, saya pernah dirotan 100x di punggung kerana tidak menyiapkan kerja rumah lukisan saya ketika saya di darjah 4. Mak ayah saya bukan sahaja tidak backing saya, malah mereka belikan rotan baru untuk cikgu saya. Best bukan? Saya pula bersekolah di Johor dan saya perlu pergi ke sekolah agama Johor di sebelah petang. Masa saya sangat "pack".
3. Setiap pelajar perlu menghafal peribahasa cina dan prinsip-prinsip hidup serta falsafah kejayaan serta formula-formula kejayaan bangsa cina seawal sekolah rendah. Kita bukan sahaja perlu hafal malah perlu mampu menghuraikan maksudnya di dalam kehidupan. Contohnya ada satu peribahasa yang diambil daripada Confucious yang menyebut "Zhe Ji Zhe Pi, bai zhan bai shen!". Maksudnya, kenali tentang kekuatan dan kelemahan diri serta musuh, maka beratus ujian atau peperangan, pasti kita akan dapat atasi! Dan banyak lagi yang membantu memprogram diri seseorang itu dari muda lagi! Di sekolah cina juga ia banyak menekankan tentang hormat kepada ibu bapa serta orang tua serta banyak kisah yang berkisar tentang perkara tersebut!
4. Sistem sekolah cina dan sekolah menengah cina swasta adalah mengikut sistem "O" level dan "A" level dan sekarang ini, pendidikan Islam juga disediakan untuk pelajar Melayu. Yang menariknya ialah, pelajar bukan cina samada Melayu atau India tidak perlu membayar yuran kerana pihak pengurusan sekolah cina swasta amat mengalu-alukan pelajar bukan cina yang belajar di sekolah mereka!
Apa mesej yang ingin saya katakan? Bukan saya nak semua orang menghantar anak-anak mereka bersekolah cina! Tidak! Tetapi saya ingin menekankan betapa pentingnya membina minda anak-anak kita daripada awal lagi dengan pengisian yang betul, tentang kisah-kisah kejayaan dan prinsip-prinsip kejayaan agar ianya boleh membantu generasi yang hebat serta kemudiaannya menjadi ahli perniagaan yang berjaya serta jujur lalu membantu ekonomi negara menjadi lebih berdikari dan berdaya saing!
Itulah yang cuba saya buat apabila saya mengadakan program Seminar Hidup Luar Biasa atau mana-mana program saya! Saya ingin melihat anak bangsa saya hidup berjaya, kaya dan berkat Insya-Allah dengan membuat "Transfer of Knowledge, Skill, Experience" serta memberikan mentor atau coach kepada mereka yang mahu dilatih!
Program saya dah sampai ke penghujungnya minggu ini! Semoga anda kaya dan berjaya!
Layari www.HidupLuarBiasa.com atau hubungi 03-55191260/019/013-2442244/019-2442400 untuk pertanyaan lanjut mengenai program akhir Seminar Hidup Luar Biasa atau program 3 Hari 2 Malam-Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan.
P/S Kepada anda yang ingin menyertai saya untuk "Program Umrah Bulan Ramadhan Bersama Dr Azizan Osman". Anda boleh hubungi Akhtar 012-2472308/03-40412918.
Dr Azizan Osman Mentor Kekayaan & Kejayaan #1 Malaysia www.HidupLuarBiasa.com (Free software Tarikh Lahir apabila anda layari laman web ini)
Apa khabar? Semoga anda dan keluarga sentiasa dirahmati Tuhan dan diberi kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan!
Siapa yang nak hidup biasa-biasa? Siapa yang nak hidup tertekan dengan masalah duit, hutang, tekanan hidup, tension, kebocoran wang, kena tipu, tidak bahagia? Siapa yang nak kerja baaaanyaaak-baaaanyaak tapi pendapatan sedikit-sedikit?
Tapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada ramai orang! Hidup di kelilingi oleh masalah demi masalah.... Yalah, kalau tidak ada masalah saya fikir bukan hidup namanya bukan?
Itulah yang saya fikir 13 tahun dahulu sewaktu saya berumur 23 tahun.... Sewaktu saya berhenti kerja daripada gaji RM1,500 sebulan dan buat keputusan untuk bekerja sendiri....
Sejak dahulu lagi saya tidak mahu bekerja dengan orang lain.... Saya selalu membaca hadis nabi yang menyebut bahawa 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan dan hanya 1/10 daripada pekerjaan... Tapi saya selalu berfikir....bagaimana ya?
Lalu saya pun berani-berani mencuba mencari jalan dengan mencuba pelbagai jenis perniagaan tapi semuanya bukan sahaja gagal malah ada yang membuatkan saya rugi, ditipu, gagal, malu serta terhutang dengan orang lain....
Sehingga kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya.... Adakah memang hidup aku dilahirkan untuk hidup biasa-biasa?
Saya pun teringin hidup bahagia, diberkati, kaya, berjaya dan dihormati sebab itulah sebaik-baik kehidupan sebagaimana yang saya baca dari buku Pak Hamka "Tasauf Moden". Anda?
Alhamdulillah telah 10 tahun berlalu dan hidup saya telah berubah sejak 10 tahun dahulu. Semakin lama semakin bertambah baik dan "living my dreams" sebagaimana saya impikan. Hari ini saya tinggal di kawasan kelab golf di kelilingi oleh mereka yang bukan sahaja kaya dan berjaya tetapi surprisingly berbeza dengan pendapat ramai mereka yang "minda miskin" yang kata orang kaya ni sombong, berlagak, lupa akhirat, bertuhankan wang... Tetapi saya dapati komuniti di sekeliling saya adalah mereka yang pernah susah dan mereka nak melihat orang lain yang susah untuk hidup lebih baik lagi macam mereka. Mereka ada banyak aktiviti kerohanian kerana mereka ada lebih banyak masa, wang, tenaga dan expertise.
Hari ini saya berpeluang untuk menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit dengan izin Tuhan untuk melihat lebih ramai orang lain yang hidup biasa-biasa menjadi luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati.... Malah saya nampak keikhlasan lebih banyak di sekeliling orang yang kaya dan beriman ini kerana mereka dah memang kaya, jadi jika mereka membantu orang yang belum berjaya, tidak ada apa yang mereka inginkan melainkan ingin melihat orang lain berjaya sebagaimana mereka.
Hidup saya berubah setelah saya membuat satu keputusan penting....
Satu keputusan yang membezakan di antara mereka yang hidup biasa-biasa dengan mereka yang menjalani kehidupan yang luar biasa...
Apakah satu keputusan penting tersebut?
Setelah gagal banyak kali dalam perniagaan, setelah gagal banyak kali dalam apa yang saya lakukan setelah bersemangat mencuba berani gagal banyak kali....
Saya dapati masalah saya ialah saya tidak ada guru.... Saya tidak ada mentor yang boleh menunjukkan jalan atau cara untuk saya merubah hidup saya... Saya selalu fikir yang untuk berjaya, kita perlu "melanggar dinding" banyak kali dan belajar hanya daripada kesilapan sendiri..... Ibarat buat rumah... Disebabkan kononnya nak jimat duit tidak mahu bayar upah kepada pakar, saya cuba buat rumah sendiri tanpa ilmu, guru dan sistem yang sebenar.... Saya ingat saya pandai....
Rupanya tidak.... Hidup saya berubah hampir serta-merta apabila saya mendapatkan mentor, ilmu dan belajar sistem kekayaan dan kejayaan.
Ya, memang agak pelik kerana tidak ada orang yang nak ajar orang lain kaya saya fikir dulu... Tetapi tidak.... Rupanya ada orang yang telah berjaya yang gembira untuk mengajar orang lain untuk berjaya....
Saya telah jumpa mentor saya 10 tahun dahulu dan hidup saya telah berubah since then......
Hari ini saya menjalankan perniagaan di dalam pelbagai bidang atau industri seperti pengiklanan dan pemasaran, industri telekomunikasi, perundingan dan khidmat nasihat perniagaan serta latihan pembangunan sumber manusia. Saya ada lebih banyak masa dan kebebasan kewangan untuk membuat pilihan hidup untuk diri saya dan keluarga saya. Saya juga dapat menggembirakan hati orang yang saya sayangi terutamanya isteri, anak-anak dan ibu bapa saya....
Bagaimana ianya berubah? Banyak sebab tapi boleh saya simpulkan kepada mempunyai ilmu, mentor dan sistem yang luar biasa dan berjaya.
Itulah yang diperlukan oleh ramai daripada anda <Nama>......
Masalahnya, ramai nak berjaya tetapi mereka tidak mahu bertindak serta-merta.... Kuasa bertindak mereka lemah.... Suka beri alasan dan fikir kenapa mereka tidak boleh bertindak sekarang instead of apa cara untuk bertindak......
Well... Pilihan di Minda Anda!
Saya ingin membantu anda yang ingin membantu diri mereka sendiri.
Sudah sedia untuk bertindak untuk belajar daripada saya face to face untuk ubah hidup jadi kaya dan berjaya?
Berjumpa dengan saya di dalam program eksklusif 3-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan samada di Sungai Petani, Johor Bahru atau Kuala Lumpur bermula minggu ini.
Belum daftar? Ada kuasa bertindak? Hubungi 03-55191260/019/013-2442244/019-2442400 waktu pejabat untuk bertanya tentang program lanjutan saya ini.
Anda tak percaya? Tak payah percaya kerana saya dulu pun tak percaya hidup saya boleh berubah sehinggalah saya katakan "Apa kata try dulu?"....
Adakah anda akan menjadi sebahagian daripada orang yang dilatih secara intensif untuk mengubah hidup menjadi kaya dan berjaya?
Jumpa saya dalam program terakhir ini!
Dr Azizan Osman Mentor Kekayaan & Kejayaan Dapatkan Majalah Sukses Edisi 11 untuk cover page story saya.... www.HidupLuarBiasa.com
Minggu ini saya ingin berkongsi tentang salah faham yang disebarkan sekumpulan mangkuk yang tidak pernah masuk kelas saya dan sekadar "meramal" apa yang diajar di dalam kelas adalah menilik nasib atau meramal nasib. Sebenarnya sehingga kini saya tidak tahu bagaimana untuk meramal nasib menggunakan kajian sains tingkah laku dan watak seseorang menggunakan kajian tarikh lahir.
Saya rasa ramai daripada anda yang belum pernah menyertai kelas saya dan anda patut mencontohi salah seorang imam masjid negara ustaz Azhar mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang telah mendengar sendiri selama 2 hari di dalam kelas saya untuk menilai program saya. Sila baca komennya seperti yang dilampirkan. Janganlah jadi katak bawah tempurung dan jangan menilai sesuatu tanpa melihat sendiri apa yang saya Saya ingin melihat lebih ramai anak bangsa saya keluar daripada hidup biasa-biasa dan berubah menjadi hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati.
Bagaimana ianya boleh berlaku jika kita sendiri tidak mengenal potensi diri kita yang sebenar? Tanpa kita memahami kekuatan, kelemahan, bakat serta watak kita untuk kita memperbaikinya? Anda sebenarnya ciptaan Allah swt yang hebat tetapi menjadi "potensi terhad" apabila anda tidak mempunyai ilmu, mentor dan sistem yang dapat membantu anda memulakan perubahan hidup. Anda berhak untuk hidup lebih baik dari sekarang tetapi hanya satu sahaja penghalangnya....... Ego diri. Rasa dah pandai. Bodoh sombong.
Maafkan saya, maksud saya bukan anda tetapi ramai di luar sana. Sebarkanlah kepada rakan-rakan anda.
Tak kenal, maka tak kaya! Azizan Osman Mentor Kekayaan & Kejayaan
"Saya manusia biasa yang menjadi luar biasa setelah mengenalpasti potensi diri dan membuat keputusan untuk berkongsi dengan lebih ramai lagi orang lain untuk menjadi luar biasa!" - Azizan Osman